Khamis, 16 Julai 2009

Motivasi Paksi Sungai Kandis


Motivasi ini telah diadakan pada 29 Mac 2009 yang lalu. Penceramah yang dipanggil ialah Encik Zailan bin Wagimin. Seorang pegawai di Jabatan Pelajaran Negeri Selangor. Program yang disertai oleh lebih 50 orang pelajar ini telah diadakan di Dewan Orang Ramai Sungai Kandis.
Semua guru-guru Paksi telah melibatkan diri menjayakan program yang bermula seawal jam 8 pagi dan berakhir pada jam 12.30 tengah hari ini. Guru-guru tersebut ialah Norazilah bt Mohd Isa, Puan siti Kholijah bt Mohd Hashim, Sa'iidah bt Salehhuddin, Nurunnajwa bt Mohd Nazmi, Mohd Fauzi bin Masbor dan Noor Aini bt Kaswati.
Daripada motivasi yang dijalankan ini, jelas kepada semua, bahawa pelajar PAKSI mempunyai potensi yang tinggi untuk berjaya tetapi mereka kekurangan motivasi dalam diri dan kurang pemantauan pendidikan daripada keluarga terdekat. Ini dapat ditunjukkan dengan jelas bagaimana Emmir Haikal bin Azizul dan Alif Zafuan bin Khatib telah berjaya menunjukkan 2 aksi yang menggegarkan jantung peserta motivasi yang lain. Aksi yang tak mungkin dapat dibuat oleh orang yang tidak mempunyai keyakinan....
Tahniah kepada semua yang telibat dan semoga ia dapat dibuat lagi pada sesi yang lain pula.............

Sabtu, 11 Julai 2009

PUSAT TUISYEN PAKSI SG KANDIS

Pusat Tuisyen ini mula beroperasi pada Disember 2005. Kelas Tuisyen dibuka kepada pelajar seawal tahun 2 hingga tingkatan 5. Guru-guru yang terlibat ketika itu ialah Zubaidah bt Mokhtar, Fatimah bt Mokhtar, Norhayati bt Abdul Jalil, Hasniza bt Saman dan Siti Kholijah bt Mohd Hashim.
Subjek yang diajar ialah Bahasa Melayu, Sains, Matematik, Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab untuk Sekolah Rendah Agama. Sepanjang sesi 2005/ 2006, seramai 83 orang pelajar telah datang mendaftarkan diri dan mengikuti kelas tuisyen.
Program lanjutan bagi membina syahsiah telah diadakan di Sungai Congkak D. Forest selama 2 hari. Seramai 55 orang pelajar PAKSI dan bukan PAKSI telah mengikuti kem ini.