Isnin, 19 Oktober 2009

Lupa Itu Satu Anugerah

Saya adalah pelajar yang boleh dikira rajin. Cuma masalah saya ialah payah nak ingat dan kalau ingat pun tak lama. Akibatnya, saya selalu "cukup makan" dalam apa-apa peperiksaan. Mengharapkan masalah itu tidak berterusan, saya berjumpa Cikgu Soleha untuk mendapatkan nasihat kaunselor.

"Sebenarnya, ingat dan lupa itu, kedua-duanya adalah anugerah tuhan". Kata Cikgu Soleha.

"Boleh mengingat dengan baik tu saya fahamla ia rahmat Tuhan, tapi takkan lupa pun rahmatnya jugak."

"Betul. Cuba Mustafa bayangkan, kalau semua pengalaman yang kita lalui kita ingat, tentulah bercelaru otak kita. Sila-silap mahu jadi gila.". Sambung Cikgu Soleha.

"Abis, macam mana nak mengatasinya Cikgu"

"Senang saja. Mengingat perlu saringan dan latihan.Saring dan tapis yang penting-penting saja. Jangan ingat 'little things' dan perkara yang tidak mendatangkan faedah. Otak kita ibarat tangki air. Kita simpan air bersih yang sudah dirawat. Barulah kapasitinya maksimum dan alirannya berjalan lancar. Bayangkan kalau air dengan sampah sarap sekali disedut dari sungai ke tangki. Apa akan terjadi?".

Saya mengangguk dan mendengar dengan teliti.

"Jangan lupa ye Mustafa, great people remember big and important things. They don't bother to remember little, unimportant ones."