Selasa, 29 Disember 2009

Mesyuarat Guru-guru PAKSI

Mesyuarat kali pertama guru-guru PAKSI Sungai Kandis akan dibuat pada

Tarikh : 30 Disember 2009
Hari : Rabu
Masa : Jam 3 petang
Tempat : PAKSI Sungai Kandis

Semua guru-guru PAKSI dijemput hadir

Isnin, 23 November 2009

Kelas Paksi Pembukaan sesi 2010


Kelas Tuisyen PAKSI Sesi 2010 akan bermula pada 5 Januari 2010 ini. Pendaftaran pelajar bermula pada jam 8 malam pada 5 Januari 2010 di Pusat Tuisyen PAKSI Sungai Kandis. Kelas tahun 6 akan bermula pada malam tersebut, manakala kelas untuk tahun 3 hingga 5 akan dimulakan apabila bilangan pelajar yang mendaftar mencukupi untuk satu kelas.

Seperti sesi yang lalu, kadar bayaran pelajar, pendaftaran dan buku masih sama.
Kadar itu adalah seperti berikut :
Pendaftaran RM 10
Buku RM 25
Yuran Bulanan RM 60

Kelas berjalan pada hari Selasa dan Khamis setiap minggu.
Kepada yang berminat untuk menghantar anak, Sila daftarkan anak kepada Puan Siti di nombor 012-3949348 dengan menghantar nama, alamat dan umur anak.

Sabtu, 21 November 2009

Tahniah Kerana Cemerlang UPSR

Muhammad Ahda berbaju merah di belakang bersama pelajar PAKSI yang lain

PAKSI Sungai Kandis mengucapkan tahniah kepada Muhammad Ahda bin Mohd Aman kerana telah mendapat keputusan yang sangat cemerlang dalam UPSR yang diumumkan pada 19 November lalu. Ibu Ahda, Maizatul Akma bt Hassan memaklumkan keputusan peperiksaan anaknya kepada PAKSI sebaik mengetahui keputusan anaknya itu. Ahda telah mendapat 5A bagi semua subjek yang diambil iaitu Bahasa Melayu Penulisan, Bahasa Melayu Objektif, Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik. Muhammad Ahda telah mengikuti kelas tuisyen di PAKSI dari bulan Mac hingga Ogos 2009.

Isnin, 19 Oktober 2009

Lupa Itu Satu Anugerah

Saya adalah pelajar yang boleh dikira rajin. Cuma masalah saya ialah payah nak ingat dan kalau ingat pun tak lama. Akibatnya, saya selalu "cukup makan" dalam apa-apa peperiksaan. Mengharapkan masalah itu tidak berterusan, saya berjumpa Cikgu Soleha untuk mendapatkan nasihat kaunselor.

"Sebenarnya, ingat dan lupa itu, kedua-duanya adalah anugerah tuhan". Kata Cikgu Soleha.

"Boleh mengingat dengan baik tu saya fahamla ia rahmat Tuhan, tapi takkan lupa pun rahmatnya jugak."

"Betul. Cuba Mustafa bayangkan, kalau semua pengalaman yang kita lalui kita ingat, tentulah bercelaru otak kita. Sila-silap mahu jadi gila.". Sambung Cikgu Soleha.

"Abis, macam mana nak mengatasinya Cikgu"

"Senang saja. Mengingat perlu saringan dan latihan.Saring dan tapis yang penting-penting saja. Jangan ingat 'little things' dan perkara yang tidak mendatangkan faedah. Otak kita ibarat tangki air. Kita simpan air bersih yang sudah dirawat. Barulah kapasitinya maksimum dan alirannya berjalan lancar. Bayangkan kalau air dengan sampah sarap sekali disedut dari sungai ke tangki. Apa akan terjadi?".

Saya mengangguk dan mendengar dengan teliti.

"Jangan lupa ye Mustafa, great people remember big and important things. They don't bother to remember little, unimportant ones."

Rabu, 19 Ogos 2009

Persekitaran dan bangunan

Inilah bangunan tempat Pusat Tuisyen PAKSI beroperasi sejak tahun 2005.
Jalan masuk ke PAKSI. Sebelah kanan ialah Madrasah Maimanatir Rahman. Manakala di sebelah kiri ialah rumah Ibu Habsah dan Ustaz Raden.
Jalan masuk ke PAKSI. Gambar diambil dari pintu gerbang Lorong 1, Sg Kandis. Betul-betul berhadapan dengan masjid Sg Kandis.

Bangunan tempat operasi pusat tuisyen ini telah diinfakkan oleh tuan rumahnya iaitu Hajah Fauziah bt Sani yang kini tinggal di Perlis. Bangunan 2 tingkat ini mempunyai 6 buah bilik. Dibawah ini adalah gambar persekitaran tempat ini. Rumah di sebelah bangunan ini, ialah rumah Ustazah Ramziah bt Sani, kakak kepada Hajah Fauziah. Pada waktu pagi hari persekolahan, bangunan ini juga digunakan oleh Pusat Asuhan Tunas Islam Sg Kandis. Hal ini kerana, bangunan PASTI sudah tidak dapat menampung bilangan pelajar yang ramai iaitu melebihi 130 orang. 3 buah kelas terpaksa dibuat dalam bangunan ini. Untuk makluman, PASTI Sg Kandis adalah PASTI dalam

Keceriaan pelajar-pelajar PAKSI

Sebahagian pelajar kelas tahun empat dan lima.
Wajah-wajah ceria sebahagian pelajar dan guru PAKSI sesi 2008 / 2009

Isnin, 10 Ogos 2009

Operasi Pusat Tuisyen PAKSI Sg Kandis


Sebagaimana pada tahun-tahun yang lalu, pada tahun ini PAKSI Sg Kandis akan menyelesaikan operasi tahunannya pada akhir bulan Ogos ini. PAKSI yang bermula sesinya pada Disember 2008 telah menerima lebih 40 orang pelajar sepanjang tahun ini.
Guru-guru PAKSI seramai 7 orang, mengucapkan Jazakallahu khairal Jazak kepada semua ibu bapa dan pelajar yang telah memberi kerjasama sebaiknya sepanjang kami beroperasi. Pada sesi ini, pelajar PAKSI datang dari tempat berhampiran seperti Teluk Menegun, Taman Kandis Permai, Desa Latania, Taman Maznah dan Sungai Kandis sendiri.
Sesi akan datang, dimulakan pada 1 Disember 2009. Kepada yang berminat untuk menghantar anak atau ingin menjadi tenaga pengajar, boleh hubungi 03-33749318 atau 012-6794645. PAKSI memerlukan tenaga pengajar terutama untuk subjek Bahasa Inggeris.

Khamis, 16 Julai 2009

Motivasi Paksi Sungai Kandis


Motivasi ini telah diadakan pada 29 Mac 2009 yang lalu. Penceramah yang dipanggil ialah Encik Zailan bin Wagimin. Seorang pegawai di Jabatan Pelajaran Negeri Selangor. Program yang disertai oleh lebih 50 orang pelajar ini telah diadakan di Dewan Orang Ramai Sungai Kandis.
Semua guru-guru Paksi telah melibatkan diri menjayakan program yang bermula seawal jam 8 pagi dan berakhir pada jam 12.30 tengah hari ini. Guru-guru tersebut ialah Norazilah bt Mohd Isa, Puan siti Kholijah bt Mohd Hashim, Sa'iidah bt Salehhuddin, Nurunnajwa bt Mohd Nazmi, Mohd Fauzi bin Masbor dan Noor Aini bt Kaswati.
Daripada motivasi yang dijalankan ini, jelas kepada semua, bahawa pelajar PAKSI mempunyai potensi yang tinggi untuk berjaya tetapi mereka kekurangan motivasi dalam diri dan kurang pemantauan pendidikan daripada keluarga terdekat. Ini dapat ditunjukkan dengan jelas bagaimana Emmir Haikal bin Azizul dan Alif Zafuan bin Khatib telah berjaya menunjukkan 2 aksi yang menggegarkan jantung peserta motivasi yang lain. Aksi yang tak mungkin dapat dibuat oleh orang yang tidak mempunyai keyakinan....
Tahniah kepada semua yang telibat dan semoga ia dapat dibuat lagi pada sesi yang lain pula.............

Sabtu, 11 Julai 2009

PUSAT TUISYEN PAKSI SG KANDIS

Pusat Tuisyen ini mula beroperasi pada Disember 2005. Kelas Tuisyen dibuka kepada pelajar seawal tahun 2 hingga tingkatan 5. Guru-guru yang terlibat ketika itu ialah Zubaidah bt Mokhtar, Fatimah bt Mokhtar, Norhayati bt Abdul Jalil, Hasniza bt Saman dan Siti Kholijah bt Mohd Hashim.
Subjek yang diajar ialah Bahasa Melayu, Sains, Matematik, Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab untuk Sekolah Rendah Agama. Sepanjang sesi 2005/ 2006, seramai 83 orang pelajar telah datang mendaftarkan diri dan mengikuti kelas tuisyen.
Program lanjutan bagi membina syahsiah telah diadakan di Sungai Congkak D. Forest selama 2 hari. Seramai 55 orang pelajar PAKSI dan bukan PAKSI telah mengikuti kem ini.