Selasa, 23 November 2010

Isnin, 20 September 2010

Selamat Menduduki Peperiksaan UPSR

Pihak PAKSI mengucapkan Selamat Menduduki Peperiksaan UPSR kepada semua pelajat tahun 6. Semoga tenang menghadapi peperiksaan dan memperolehi kejayaan yang cemerlang.

Ahad, 6 Jun 2010

Bengkel Motivasi


Seksyen 35: Seramai 9 orang peserta daripada PAKSI telah mengahdiri Bengkel Motivasi Pelajar Cemerlang yang diadakan pada 6 Jun 2010 di SAR Al-Muhtadin Taman Desa Kemuning.


Program bermula 8.00 pagi dan berakhir sekitar 6.30 petang. Program ini telah dikendali oleh Fadhil Majid daripada Menjana Diri Resources bersama Syed Izhan.


Matlamat bengkel ini melihat potensi diri pada para pelajar dan menerapkan sifat jati diti yang tinggi dalam diri para pelajar.

Jumaat, 14 Mei 2010

Kau Sahabatku



Ya Allah ...
Panjangkanlah umur sahabatku. Kurniakanlah kesihatan yang baik padanya,
terangi hatinya dengan nur pancaran iman. Tetapkanlah hatinya, perluaskanlah rezekinya, dekatkanlah hatinya kepada kebaikan,
jauhkanlah hatinya pada kejahatan, tunaikanlah hajatnya baik hajat dalam agama,dunia dan akhirat .....

Ya Muhaimin ...
Jika dia jatuh hati izinkanlah dia menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut pada-Mu agar tidak terjatuh dia dalam jurang cinta nafsu ....
Jagalah hatinya agar tidak berpaling daripada melabuhkan hatinya pada hati-Mu.
Jika dia rindu, rindukanlah dia pada seseorang yang merindui syahid di jalan-Mu.

Ya Allah ...
Jangan biarkan sahabatku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang
menyeru manusia kejalan-Mu.. jika kau halalkan aku merindui sahabatku,
janganlah aku melampaui batas sehingga melupakan daku pada cinta hakiki,
rindu abadi dan kasih sejati hanya untuk-Mu.

Ya Allah ...
kurniakanlah sahabatku kesenangan, ketenangan, kecemerl angan dan hidayah dari-Mu dalam menempuh cabaran serta liku-liku hidup di dunia dan di akhirat kelak...insya- Allah

Selasa, 4 Mei 2010

Teknik Belajar 5R-STUV

1) Recopy [salin semula]
2) Rework all model 5 x [buat semula contoh/cepat/5x]
3) Recite out loud Repeatedly [lafaz kuat berulang kali]
4) Recheck [semak semula]
5) Reasonnablenes [jawapan berpatutan/sebaliknya]

1) s-sumarize [ringkaskan nota penting]
2) t-test your self [uji diri anda]
3) u-use [gunakan]
4) V-visualize [bayangkan selalu]

Isnin, 26 April 2010

Cara Mengambil Nota


LANGKAH PERTAMA
12 batang pen berlainan warna termasuk beberapa batang highlighter sabagai persediaan membuan nota kecil.

LANGKAH KEDUA
Mula membaca buku teks dan buku rujukan. Sambil membaca, kata kunci atau kata penting diwarnakan.

LANGKAH KETIGA
Sehelai kertas bersaiz A4 dilipat kepada empat bahagian atau kolum.

LANGKAH KEEMPAT
Mula menulis nota mengikut kolum. Nota dicatat seringkas-ringkasnya agar dapat meningkatkan tahap ingatan.

LANGKAH KELIMA
Setelah kata kunci ditulis, gunakan highligter untuk tajuk dan perkara-perkara yang penting. Pastikan menggunakan warna yang selari untuk semua nota supaya fikiran tidak keliru.Terdapat beberapa jenis nota yang boleh pelajar buat mengikut kesesuaian pelajar.

(a) peta minda
(b) nota istilah
(c) nota gambar rajah

Rabu, 21 April 2010

UPSR B. Melayu - Minda Kreatif


Dua tiga kucing berlari;
Berlari-lari di tepi telaga;
Rumahku cantik lagi berseri,
Tempat berhimpun seisi keluarga

Anak panglima gagah perkasa,
Setiap hari asyik berjaga;
Teratak indah di hujung desa,
Laksana syurga kami sekeluarga.

• Lafazkan pantun dengan intonasi yang betul.
• Cari kata bilangan dalam pantun tersebut.
• Cipta serangkap pantun tentang keistimewaan rumah kamu

Jumaat, 16 April 2010

Kaedah Baca Yang Betul


Tips membaca dengan berkesan dan efektif

1. Elakkan daripada membaca secara berterusan dan tidak berhenti. Berhenti seketika dan ujilah pemahaman anda setakat yang dibaca.

2. Gunakan teknik 1H dan 6W untuk mencari isi-isi penting. Ketika membaca cuba cari isi-isi yang dapat dikaitkan dengan 7 perkara tersebut.
How
Who
Where
Why
What
When
Which

3. Garis isi-isi penting. Pembacaan tanpa perbuatan hanya akan membuatkan anda cepat mengantuk. Oleh itu gerakkan jari anda dengan mengaris atau menyalin isi penting.

4. Gunakan bantuan alat pembelajaran yang lain. Contohnya seperti pen, highlighter untuk membant anda.

5. Elakkan mengambil makanan yang terlalu berat sebelum sesi pembelajaran. Makanan yang diambil secara berlebihan akan menyebabkan kandungan oksigen lebih banyak ke bahagian perut berbanding otak.

Khamis, 15 April 2010

Belajar Berkumpulan



Peranan Belajar Berkumpulan

1. Agihkan setiap ahli dengan satu tajuk.

Setiap ahli perlu diberi tanggungjawab. Jika kita menjadi ahli dalam kumpulan tersebut, kita mesti mempunyai satu tanggungjawab yang mesti dipegang. Ini membolehkan kita mengambil berat dan merasakan bahawa kita mempunyai peranan di dalam kumpulan.

2. Ahli mesti sehaluan.

Ahli yang dipilih dalam kumpulan mesti mempunyai matlamat yang sama iaitu cemerlang dalam pelajaran. Kita tidak mahu ahli yang ada di dalam kumpulan untuk mencukupkan bilangan. Ahli mesti mempunyai matlamat yang jelas dan bukan hanya kerana ia sahabat karib sahaja. Dikhuatiri jika ahli seumpama ini ada, ia akan menyebabkan kumpulan kita tidak akan mencapai matlamatnya.

3. Setiap ahli perlu menjiwai tajuk tersebut.

Apabila kita telah menyediakan ahli dengan setiap tajuk, kita mestilah juga memastikan bahawa kita bersedia dengan tajuk tersebut.Ini sangat penting kerana jika kita telah bersedia maka persoalan yang timbul hasil kemusykilan dari ahli yang lain dapat kita jelaskan.

4. Berbincang dengan guru atau orang yang lebih arif.

Sebelum melaksanakan teknik belajar secara berkumpulan ini, sila pastikan kalau-kalau ada perkara yang tidak faham tentang topik yang dipertanggungjawabkan. Oleh yang demikian berbincanglah dahulu dengan guru. Ini bertujuan untuk kita lebih mendalami tentang topik tersebut. Dengan yang demikian kita akan lebih bersedia semasa perbincangan.

5. Penumpuan semasa ahli membentang.

Penglibatana semua ahli membawa implikasi yang besar. Berikan penumpuan yang sewajarnya kepada ahli yang sedang membentang. janganlah ada dia antara kita semasa ahli sedang membentang, kita tidak memberikan perhatian. Andaikan apabila kita sedang bercakap, ada orang yang tidak memberi perhatian kepada kita. Bagaimanakah perasaan kita ketika itu? Sudah tentu kita merasai kita tidak dihargai, justeru itu berikan sepenuh-penuh penumpuan semasa rakan sedang membentang dalam kumpulan. Pengormatan dan kesediaan mendengar pembentangan ahli lain merupakan seni dalam aktiviti belajar berkumpulan ini.

6. Bersoal jawab.

Kumpulan yang dinamik dan berkembang adalah kumpulan yang wujudnya perbincangan dan soal jawab. Semakin banyak perkara yan relevan dibaincangkan semakin bertambah dinamik kumpulan itu. Ahli kumpulan bukan sahaja mendengat kumpulan lain membentang semata-mata , tetapi sentiasa bersoal jawab atas perkara yang menimbulkan ketidak fahaman. ini sebenarnya membuka minda kita agar lebih memberikan penelitian atas isu dan tajuk yang
dibincangkan. Ini menjadikan kita individu yang kritikal dan analitikal dalam membincangkan tajuk tersebut. Minda yang kritikal dan analitikal merupakan minda yang cemerlang. Galakkan
diri bertanya hal-hal yang berkaitan yang tidak difahami atau bercanggah dengan pemahaman kita.

7. Agihkan bahan

Di dalam belajar berkumpulan lantik seorang ketua, setiausaha dan bendahari secara bergilir-gilir, iaitu bagi mata pelajaran yang berbeza-beza mempunyai ketua yang berbeza-beza. ini adalah untuk memberikan peluang dan tanggungjawab kepada semua ahli. Maka laksanakanlah tugas seperti tugas mengagihkan bahan-bahan kepada ahli-ahli di mana dilakukan oleh setiausaha. Ketua akan menetapkan masa perjumpaan serta berbincang tentang pembahagian
tajuk-tajuk.

Secara ringkasnya belajar berkumpulan banyak membantu pelajar menguasai
sesuatu mata pelajaran jika dilaksanakan dengan betul.






K = Kerjasama diperlukan
U = Untuk semua ahli
M = Mesra menjadi faktor penting
P = Prihatin kepada setiap ahli
U = Ulangkaji terlebih dahulu
L = Laksanakan sebaik mungkin
A = Anggapan antara ahli mestilah positif
N = Natijah cemerlang diperolehi

Kombinasi huruf-huruf di atas diharapkan memberikan celik akal kepada kita
untuk melaksanakan teknik ini sebaik mungkin.

Selasa, 13 April 2010